
LAMAN PORTAL RASMI SKTG
SK TELOK GADONG
SELANGOR DARUL EHSAN
CEMERLANG,
TERBAIK
Pengunjung Web SKTG
KAD RAYA SKTG :

TARIKH: 01 MAY 2017
Bismillahirrahmaanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
​
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya kita dapat meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah hingga ke saat ini.
​
Kepada semua guru dan ibu bapa, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda semua telah bekerja keras tanpa rasa penat dan lelah untuk memastikan anak-anak kita berjaya dengan cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam pembentukan sahsiah diri.
Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang telah dilantik adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbang tenaga, kewangan dan buah fikiran kerana itulah yang paling berharga bagi persatuan ini. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan sarana ibu bapayang diperkenalkan olehKementerian Pelajaran Malaysia.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam bidang akademik dan kokurikulum, semoga kejayaan ini dapat dikekalkan pada masa-masa akan datang. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin kearah kejayaan masa depan. Akhir kata, saya memohon kemaafan jika terdapat kesilapan sepanjang saya memegang jawatan YDP ini. Sesungguhnya segala kebaikan datangnya daripada Allah Taala dan segala kekurangan itu datang daripada kelemahan saya sendiri.
​
Yang Berkhidmat
Kamaruddin Mohd Nor
EN KAMARUDDIN MOHD NOR