top of page

UCAPAN KHAS PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN

PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK GADONG

Bismillahirrahmaanirrahim,

 

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

​

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan ruang untuk menulis sepatah dua kata dalam portal rasmi PPKI SK Telok Gadong ini.

Kepada semua ibubapa, penjaga, guru-guru dan pihak pentadbir Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Telok Gadong telah bersama dengan gigih berusaha dan berkorban masa serta tenaga untuk menyuntik keyakinan kepada anak-anak di PPKI agar mereka mampu mencipta kecemerlangan untuk diri demi kecemerlangan masa depan mereka. Keupayaan ini hendaklah terus teguh dan kuat dalam diri mereka. Kecemerlangan dan kejayaan yang mereka raih ini bukan hanya semata-mata untuk membuktikan kemampuan peribadi mereka, tetapi ianya juga telah mencipta ruang kehebatan yang ada pada  sekolah mereka di PPKI SK Telok Gadong.

​

Kami AJK Biro Kebajikan PPKI SKTG sesi 2019/2020 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Didalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.

​

Disamping kemajuan akademik, Kami AJK Biro Kebajikan PPKI SKTG sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah murid PPKI agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi PPKI SK Telok Gadong.

​

Harapan saya agar segala apa yang telah kita rancangkan ini akan kita laksanakan bersama dengan penuh semangat dan iltizam yang tinggi demi menjana kecemerlangan serta kegemilangan anak-anak  PPKI SKTG yang teristimewa dan tercinta ini.  Kerjasama dan sokongan semua warga SKTG amat dituntut dan diperlukan bagi memastikan apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan.

​

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan jutaan penghargaan kepada semua guru PPKI SKTG dan staf sokongan  di atas komitmen anda.  Sekiranya kita sama-sama komited dan berganding bahu, bekerja dalam satu pasukan, Insha Allah segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan dan sistematik.  Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T demi kecemerlangan anak didik PPKI SK Telok Gadong.

 

Sekian.  Terima kasih.

 

Yang Benar,

​

Mohd Safreja Yaacob

(MOHD SAFREJA BIN YAACOB)

PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN 2019/20

PPKI SK TELOK GADONG

bottom of page