top of page

TARIKH: 1 MAC 2020

 

Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera.

 

Telapak tangan ditadah ke hadrat Ilahi kerana kita dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dalam tahun 2020.Saya ingin mendahului kerja buat kita pada 2020 dengan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua warga SK Telok Gadong yang bakal bersama-sama bekerja keras untuk menjayakan program khususnya dalam bidang Hal Ehwal Murid dengan ikhlas. Kesetiaan semua guru amat dihargai dalam usaha untuk merealisasikan kemenjadian murid SK Telok Gadong.

 

            Bagi melancarkan pengurusan pentadbiran sekolah pada tahun 2020, khususnya dalam bidang Hal Ehwal Murid, satu jawatankuasa  merangka dan menetapkan tugasan semua guru. Secara amnya, terdapat beberapa transformasi dibuat dalam usaha menggerakkan aktiviti Unit Hal Ehwal Murid selaras dengan misi dan visi Unit HEM, sekolah, PPD, JPS dan KPM. Diharap transformasi ini akan membuahkan lonjakan prestasi yang membanggakan hasil daripada kerjasama dan sokongan semua guru SK Telok Gadong, 2020.

 

            Pada tahun 2020, Unit Hal Ehwal Murid  telah menetapkan beberapa perancangan yang strategik dalam usaha untuk memantapkan pengurusan bagi melahir dan menjana murid sekolah ini menjadi insan yang berkualiti. Diharapkan juga modal insan yang akan dilahirkan mempunyai sahsiah yang terpuji, berketerampilan dan mampu menyumbang untuk kemajuan sekolah. Oleh itu, budaya kecemerlangan dalam minda, jiwa suci dan sanubari terpuji setiap warga SK Telok Gadong mahu diterapkan dan diterjemahkan dalam setiap tindakan yang diambil, supaya bila ‘berkembangnya bunga, sentiasa akan menjadi’. InsyaAllah, sekiranya kita sentiasa istiqomah dalam membudayakan kecemerlangan ini dan mengutamakan murid dalam setiap tugasan yang kita lakukan, kita akan berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah sekaligus meningkatkan tahap keyakinan dan kepuasan hati pelanggan (murid dan ibu bapa).

 

            Sesungguhnya, untuk mencapai visi dan misi yang diharapkan, sekolah memerlukan satu pasukan yang mantap, mempunyai kemahiran, kemampuan dan kesungguhan yang tinggi setiap warganya. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja Hal Ehwal Murid 2020 yang diangkat,  mampu menjayakan setiap tangungjawab yang diberi kepercayaan untuk digalasi.

 

……walau tubuh hancur dan luluh, biar jasa terang bagai disuluh…….

 

Sekian, terima kasih.

 

“DARI  BIASA  KE  LUAR  BIASA”

​

 

Zaharudin Ibrahim

EN ZAHARUDIN BIN IBRAHIM

GPK HEM

SK TELOK GADONG

​

INFORMASI SEMASA BARISAN PENTADBIRAN SK. TELOK GADONG
bottom of page