top of page
INFORMASI SEMASA BARISAN PENTADBIRAN SK. TELOK GADONG

TARIKH: 03 APRIL 2020

 

Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

 

        Dikesempatan ini saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNya dapat kita bertemu di alam maya ini.

​

        Sekalung tahniah diucapkan kepada En Safreja, AJK PIBG sesi 2019/2020 dan seluruh AJK Portal SKTG kerana telah bertungkus lumus menyiapkan Portal SKTG. Ini merupakan satu kesempatan untuk memperkenalkan SKTG kepada warga SKTG khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Saya percaya dengan adanya Laman Web SKTG ini, segala maklumat dapat disebarkan dengan lebih cepat dan tepat. Melaluinya juga, kita dapat bersama-sama meningkatkan kualiti bagi meneruskan agenda pembangunan SKTG ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

        Laman web ini direkabentuk untuk menyampaikan informasi terkini aktiviti-aktiviti dan perancangan SKTG kepada anda semua secara lebih konsisten dan berkesan.

 

        Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.Semoga sekolah Kebangsaan Telok Gadong akan terus berada di puncak kecemerlangan dan kegemilangan.

​

Terima kasih.

 

Saleh Norsani

TN.HJ.SALEH BIN NORSANI

GPK PENTADBIRAN

SK TELOK GADONG

​

bottom of page