top of page

HUBUNGI KAMI: +603 3371 3193  

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

 

1 Mac 2020

​

BICARA KATA

GURU BESAR SK TELOK GADONG

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt, atas  limpah nikmat dan kurnianya serta keizinanNya saya diberi peluang untuk mencoret secebis bingkisan untuk Laman Web SKTG bagi sesi 2020.

 

Pertama-tamanya, sekalung Tahniah dan Syabas diucapkan kerana Laman Web SKTG telah siap mengikut jadual. Maka di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankuasa yang terlibat.

​

Untuk makluman, usaha yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyiarkan pelbagai aktiviti  yang telah dijalankan di sekolah supaya dapat dikongsikan bersama-sama dengan ibu bapa, penjaga dan masyarakat umum amnya. Semoga,  berkat usaha ini akan membuktikan kepada kita betapa anak-anak murid mempunyai pelbagai bakat yang perlu digilap berdasarkan kecenderungan masing-masing.  Sesungguhnya kejayaan seseorang murid itu bukan hanya diukur di bidang kurikulum semata-mata, tetapi ianya merangkumi bidang ko-kurikulum di samping tidak dilupakan juga kemenjadian murid.

​

Pada tahun ini, SK Telok Gadong mempunyai bilangan guru seramai 88 orang dan 14 orang kakitangan sokongan. Manakala bilangan murid seramai 1207 orang dengan bilangan kelas 26 kelas di aliran Perdana, 14 kelas di PPKI, 2 kelas pra-sekolah dan 1 kelas pra-sekolah PPKI. Di samping itu sekolah ini juga dilengkapi dengan pejabat, surau, kantin, makmal komputer, pusat sumber, bilik-bilik khas, padang dan yang terkini adalah pondok menunggu diberi nama Teratak Budiman telah siap pembinaannya pada awal Januari 2020.

​

Keputusan UPSR bagi tahun 2019, seorang murid memperolehi 6A dan seramai 5 orang murid mendapat 5A.  Manakala dalam bidang kokurikulum SK Telok Gadong mendapat Johan Bola Jaring MSSD bawah 11 tahun (KATMO), Johan Bola Jaring International Open Pulau Pinang, Johan Sepak Takraw MSSD bawah 11 tahun (KATMO), Johan Sepak Takraw MSSS berpasukan Negeri Selangor dan Johan Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah (perempuan) Negeri Selangor.

 

Sebelum saya mengakhiri bicara saya amatilah kata-kata ini, “Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah, sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah gusar pada anugerah Allah, anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan”.

 

Sekian, terima kasih.

 

"SEKOLAH CERIA, GURU GEMBIRA, MURID SUKA"

​

SELAMAT MAJU JAYA.

​

Nahariah

(NAHARIAH BINTI HASAN NUDIN)

GURU BESAR

SEKOLAH KEBANGSAAN  TELOK GADONG,

JALAN YADI, 41250 KLANG,

SELANGOR DARUL EHSAN

INFORMASI SEMASA BARISAN PENTADBIRAN SK. TELOK GADONG
bottom of page