top of page

Definisi dan konsep Pendidikan Khas

Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.

Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.

​

Falsafah Pendidikan Khas

 “Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”

 

Objektif Pendidikan Khas

  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas

  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas

  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas

  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini

  • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

 

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:

  • Sindrom Down

  • Autisme ringan

  • Attention Deficit Hyperaktif Disorder

  • Terencat akal minimum

  • Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

 

Syarat Penyertaan Program Khas:

Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti  program khas, kecuali mereka yang:

  1. Cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa

  2. Mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang  terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM).  Jadi murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.

​

P A N E L   M A K L U M A T

Takwim
Guru PPKI
PPM
Biro Kebajikan PPKI
bottom of page