
LAMAN PORTAL RASMI SKTG
SK TELOK GADONG
SELANGOR DARUL EHSAN
CEMERLANG,
TERBAIK
Pengunjung Web SKTG
KAD RAYA SKTG :
TARIKH: 11 MAC 2020
Assalamualaikum wbth
Salam kokurikulum
Salam 1 murid 1 sukan
Salam perpaduan
Syukur Ke hadrat Allah swbt kerana diberi ruang dan peluang untuk menyatakan hasrat dan misi unit kokurikulum bagi tahun 2020.
Kemenjadian murid telah menjadi agenda utama unit kokurikulum demi mencapai misi dan visi unit kokurikulum iaitu melonjakkan prestasi murid seiring dengan kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.Sesunguhnya tiada jalan pintas untul mencapai kejayaan . Hanya dengan usaha gigih tanpa jemu mampu merealisasikan impian menjadi yang terbaik.
Saya pemegang amanah unit kokurikulum merasakan murid-murid sktg mampu melonjak lebih tinggi jika ada sikap ingin berjaya dan tidak lagi menoleh ke belakang.Kegigihan guru-guru selaku jurulatih amat ditagih bersama-sama membantu ke arah melahirkan bakat murid.
Kerjasama daripada seluruh warga sktg amat diperlukan di samping sokongan ibu bapa dan penjaga anak-anak sktg demi membina watak sktg sebagai sekolah yang aktif dalam bidang kokurikulum.
Sekolah telah terkenal dengan watak pasukan kawad kaki pasukan s.takraw dan pasukan b.jaring .Kebitaraan yang dibina adalah hasil drpd kesungguhan guru-guru yg sangat komited ,kekuatan anak-anak sktg yang hebat serta sokongan pibg .
Adalah menjadi harapan saya serta pihak sekolah agar kokurikulum sktg terus terserlah dan menjadi sebutan seluruh warga penduduk sekitar SKTG.Gabungan mantap antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru akan mampu memberikan impak yang berkesan kepada kemenjadian murid dalam semua aspek terutama kokurikulum.
Pada tahu 2020 ini sasaran unit kokurikulum adalah ingin terus mengekalkan kebitaraan dalam pasukan kawad kaki agar terus menjadi juara di daerah Klang dan memperbaiki pencapaian dalam peringkat kebangsaan.Selain itu KPI untuk pasukan permainan MSSD juga turut menonjolkan sukan olahraga sebagai pasukan yang mampu menggegarkan daerah Klang jika sokongan diterima daripada semua pihak selain daripada pasukan bola jaring dan sepak takraw yang telah mengukir nama di daerah Klang.Adalah menjadi harapan unit kokurikulum agar kemenjadian murid berterusan dan menyumbang kepada peningkatan prestasi sktg.
Selain itu dalam bidang ko akademik pun murid sktg tidak ketinggalan hebatnya.Pelbagai pertandingan telah berjaya dimenangi oleh murid sktg.
​
Akhir kata, hanya dengan usaha gigih dan berterusan akan mampu merealisaikan impian mengekalkan kejuaraan pasukan kebitaraan sktg dan melahirkan lebih ramai kemenjadian murid melalui aktiviti kokurikulum dalam pelbagai bidang.
Sekian , terima kasih
Kemenjadian murid melalui kokurikulum
#sktelokgadong-cemerlang-terbaik
​
​
Mazhaniza
PUAN MAZHANIZA BINTI MAT ZIN
GPK KOKURIKULUM
SK TELOK GADONG
​
