top of page

TARIKH: 01 MAY 2017

 

Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

​

        Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan perkenan dan limpah rahmat kasih sayangNya, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SKTG telah berjaya membina laman web Portal SKTG.

 

        Dengan adanya portal SKTG ini diharapkan menjadi platform pemuafakatan yang dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum murid-murid, selain mempertingkat kerjasama menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan perkongsian pintar antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Kata Kerana Muafakat

 

        Saya ingin mengingatkan bahawa kita telah berada di Gelombang Kedua (2016 – 2020) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pada peringkat ini kita perlu memacu kearah kecemerlangan bagi mencapai 6 aspirasi murid; Pengetahuan, Identiti Nasional, Etika dan Kerohanian, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin dan Kemahiran Dwibahasa. Melalui PPPM juga Program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah telah dilaksanakan. Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta / korporat dalam pembelajaran anak-anak melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB). pembelajaran anak-anak bukan sahaja berlaku di sekolah tetapi berlaku juga di rumah dan dalam komuniti.

 

        Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. SKTG sentiasa berusaha merancang pelbagai aktiviti setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Setiap usaha, kita iringi dengan doa, agar apa yang kita lakukan akan memberi kebaikan kepada semua, khususnya kepada anak-anak kita. Marilah sama-sama kita bimbing dan bentuk anak-anak kita untuk menjadi insan yang berjasa kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Anak-anak kita adalah generasi dan pemimpin masa depan negara.

 

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

​

Terima kasih.

​

Md Zohri Saluki

EN.MD ZOHRI BIN SALUKI

GURU BESAR

SK TELOK GADONG

​

INFORMASI SEMASA BARISAN PENTADBIRAN SK. TELOK GADONG
bottom of page